Pages

Tuesday, February 22, 2011

Di dalam gembira ada luka

Suatu ketika pertemuan itu
Malam hembusan angin lembut membelai setiap sudut tubuh masih terasa akan kehadirannya
Walau bertahun sudah kita berjauh dan kenangan itu masih tersimpan di setiap lubuk hati
ayat ayat cinta bermain di bibir
menari nari mengikut rentak keriangan di hati
alam ciptaan tuhan turut meyadari akan hadirnya cinta
cinta yang selama itu menjadi persoalan
dan kini masih juga tidak berjawapan
bila cinta saling meninggalkan
hanya luka yang ada
bagai kertas yang sudah di koyak mana mungkin pulih seperti sedia kala
kesan kesan luka kelihatan
walau masih di guna tetapi tiada yang sedar akan betapa sakitnya parut itu
tawa  dan senyuman menutupi segala kehancuran
mengapa harus ungkap cinta bila tiada makna
mengapa harus rapuhkan hati ini bila tiada pengganti
mengapa harus permainkan bila ada kesungguhan
mengapa harus bertemu bila cuma sementara
mengapa harus bahagia awalnya bila akhirnya derita
seharusnya kau jauhkan bibir mu itu dari ungkapan cinta padaku
bila hidup mu sedang bahagia dengan cinta yang lain
bahagia kah diri mu perbuat ku sebegitu?
tidak kah kau tahu jika itu akan membuat pintu ini tertutup buat selamanya
apakah susah untuk kau memilih jalan jujur?
Kejujuran ada jawapan
Kebohongan hanya gantung tiada bertali
Seribu satu persoalan tertinggal di buku kehidupan kita
Tiada siapa yang mendapat jawapan
Mahu kau atau aku
Tak ingin ku katakan aku rela melihat kau dengan dia
Kerana ayat rela saja sudah bagai anak panah yang mencucuk jantung
Melimpahkan seluruh darah
Aku sanggup menunggu kerana cinta tidak mengenal waktu
Sebaliknya waktu lah yang menyelamatkan cinta
Hari ini harus aku katakan aku masih mencintai mu
Sungguh sakit untuk ku katakan tapi
Kenyataan harus tiada kebohongan
Bohong pada diri tiada kesudahan
Sungguh rindu tapi sukar untuk di ungkapkan
Hanya hati mampu berbicara dengan bulan untuk menyampaikan hasrat di hati
Walau air mata membasahi pipi
Setiap titisan membawa hasrat akan cinta dan rindu ku
Andai nanti kita bertemu akan ku belai rambut mu
Dan menikmati setiap ruang wajahmu
Takkan ku lepas jari ini dari bibirmu
Takkan ku larikan cahaya mata ini dari pandangan mu
Walau tiada keizinan darimu
Tiada ku kisah akan memeluk dirimu
Kerana itu yang aku perlukan,kepanasan dan kelembutan dirimu
Cukup Cuma semua itu
Hanya satu akan ku ungkap di akhir itu
Terima kasih

2 comments:

  1. hahahahahah...puisi cinta ni beb.....ayat2 karat kuar bila otak aku dalam mud jiwang...

    ReplyDelete