Pages

Thursday, February 3, 2011

C.I.N.T.A

Cinta??apa yang kita tahu mengenai cinta..?? perasaan yang hanya buat sesetengah manusia itu menangis kerana ditinggalkan oleh mereka yang dia sayang dan sesetengah lagi tertawa gembira saat bersama orang yang mereka sayangi melebihi nyawa mereka sendiri.
Sesetengah orang tidak dapat melihat cinta sehinggakan saat terakhir di tinggalkan oleh orang di sisi mereka.
Sesetengah pula terlalu bongkak mengaku itu cinta yang di alami oleh hati mereka kerana begitu takut cinta akan meninggalkan mereka dan melukai hati mereka hinggakan tiada ubat penawar untuk menyembuhkan luka tersebut.
Sesetengah pula terlalu berbesar hati sehinggakan merasa jikalau dia boleh mendapat mana mana cinta yang dia hendak tetapi tidak tahu bahawa perbuatan itu hanya melukakan hati orang di sekelilingnnya. Dan orang sebegitu di anggap tamak kerana hanya memikirkan kebahagian sendiri tapi tidak orang lain. Dan di akhir cerita nanti dia sendiri juga yang akan terluka menangis sendirian tiada yang memujuk memberi kertas tisu atau bahu yang menenangkan kerana saat itu semua orang sudah meninggalkan dia.
Sesetengah orang pula sudah leju dek di makan masa penantian cinta yang terlalu lama. Cinta yang di fikirnya akan kembali terbalas di atas kesetiaannya menunggu sang kekasih akhirnya menjadi sia sia kerana sang kekasih sudah punya kekasih hati ataupun orang itu sudah sedar jikalau sang kekasih memang bukan untuk dia.
Ada yang lain pula sudah terlalu lemah untuk jatuh cinta lagi kerana cinta tidak pernah berbalas,yang ada hanya tepukan yang sebelah tangan saja yang tidak pernah berbunyi .  Kejatuhan yang sudah terlalu banyak membuatkan sesetengah orang membuat keputusan untuk tidak akan jatuh cinta lagi.
Yang lain pula tidak pernah tahu akan adanya cinta,bukan kerana apa apa alasan tetapi kerana mereka tidak pernah terniat atau telintas di fikiran untuk mencari pasangan.,dan di dalam kehidupan mereka hanya ada satu matlamat iaitu berjaya dalam kehidupan.
Justeru yang lain pula terlalu hipokrit,hanya menunggu cinta datang tetapi dia sendiri tidak pernah sekali pun bangun dari kehidupan mereka untuk mencari cinta. Ianya adalah hipokrit,masakan kuah akan jatuh ke nasi jikalau tidak di masak?? Begitu juga dengan alam kehidupan,cinta tidak pernah akan datang dengan sendirinya melainkan kita juga turut mencarinya. Semua orang di lahirkan ke bumi ini mempunyai pasangan hidup masing masing. Malas jawapannya maka keseorangan,rajin jawapannya maka berbahagia hingga ke hujung nyawa.
Perasaan takut ada pula yang menyelubungi perasaan seseorang itu. Terlalu takut dengan alam percintaan yang d fikir nya terllau penuh dengan onak duri,tangisan dan kesedihan. Mungkin ini ada benarnya.
Ada pula pasangan bercinta yang endah tak endah dengan hubungan mereka. Mereka sepatutnya bersyukur kerana menemui cinta dan dapat merasa itu cinta,tapi kadang kadang manusia ini terlalu ego dengan diri mereka. Bagi mereka sekadar ungkapan kasih dan bersama itu adalah cukup, tapi mereka tidak tahu jikalau pasangan mereka memerlukan perhatian yang secukup nya.

No comments:

Post a Comment